Lake Taiping PERAK

SELAMAT DATANG


Selamat Datang Ke Laman Blog Kami....Semoga Kita Semua Gembira Dan Bersyukur Dengan Pemberian Nikmat Kehidupan Ini Oleh ALLAH S.W.T,Disamping Aktiviti Seharian Kita Dengan Tidak Melalaikan Segala PerintahNYA..... ***LUAHAN THEOSUFI*** MAKLUMAN ADALAH DIBENARKAN UNTUK MENYALIN, MENCETAK ATAU MENYEBARKAN SEBARANG TULISAN DARIPADA BLOG INI (MALAH DI ALU- ALUKAN ).. SEBARKANLAH ILMU ALLAH INI UNTUK MANFAAT SELURUH UMMAH. JIKA TERDAPAT SEBARANG PEMBETULAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI PENULIS MELALUI E- MAIL: washiyat@gmail.com TIADA HAK CIPTA TERPELIHARA-

LATIHAN KEROHANIAN 2

MEDITASI



Apa Yang DiMaksudkan Dengan Meditasi Meditasi adalah satu proses pemusatan perhatian yang dilakukan secara sedar untuk
mengubah perhatian yang
menyebar menjadi perhatian
yang terfokus.


Kemudian
terjadilah perubahan kesedaran (altered state of consciousness) yang berbeza
daripada kesedaran biasa. Muncul peningkatan perasaan , dari relaksasi ke suatu perubahan
emosional yang kognitif dan
positif.


Perubahan kesedaran yang
positif itu dapat dicapai dengan dua cara meditasi
iaitu


Meditasi ”Pemusatan” Fikiran dan Meditasi ”Merasakan”
Proses(mindfulness).


Perbezaan antara Meditasi Pemusatan Fikiran dengan Meditasi Merasakan


Proses MEDITASI PEMUSATAN Seorang pemeditasi memusatkan
fikiran, perasaan dan kemahuan
pada satu hal secara menetap.
Dalam proses memusatkan
perhatian, ada yang
menggunakan rangsangan yang datang berulang seperti
mengulang kata, suara, doa,
mantera, ungkapan, pernafasan
atau objek visual.



Kaedah yang
paling senang dan boleh
dilakukan oleh sesiapa sahaja terutama mereka yang baru
berjinak-jinak dengan meditasi
ialah dengan memusatkan
perhatian kepada merasakan
masuk keluarnya nafas melalui
hidung tanpa mengaturnya.


Biarkan nafas bekerja secara
alami.



Jika ketika pemusatan
sedang dijalankan tiba-tiba fikiran
beralih ke perkara lain, biarkan
sahaja. Beralihnya fikiran ke
perkara lain tidak dapat dielakkan kerana otak kita tetap
bekerja.


Pengosongan fikiran
amat dilarang sekali. Biarkan
fikiran bekerja sewajarnya.


Kalau sedar bahawa fikiran
sedang beralih maka pusatkan kembali perhatian dengan
merasakan masuk keluarnya
nafas melalui hidung.


Pada saat
yang sama, sikap pasif
dipertahankan.


Pemusatan pada
satu objek ini sangat berguna untuk melatihkan seseorang
memikirkan sesuatu dengan
penuh perhatian, menyelami lebih
dalam sesuatu masalah dan
menyeimbangkan keadaan tubuh.


LATIHAN


Duduk bersila di lantai
diruangan yang dirasakan
selesa. Belakang dan kepala
ditegakkan. Letakkan tangan
dalam keadaan relaks dan
kedudukannya menyatu dengan tubuh.


Rasakan seluruh
otot-otot tubuh dalam keadaan
relaks.


Tumpukan seluruh perhatian,
fikiran, perasaan dan angan-
angan pada satu meter di
hadapaan anda.


Bila kelopak
mata anda terasa berat atau
perit, biarkan mata anda tertutup secara perlahan-lahan.


Jangan menutupnya atas
kemahuan sendiri.


Perbetulkan keadaan tubuh
badan anda. Belakang dan
kepala ditegakkan. Duduk
dalam keadaan rileks, tenang
dan nyaman.


Tumpukan seluruh fikiran,
perasaan dan angan-angan
kepada hidung. Rasakan masuk
dan keluarnya nafas melalui
hidung.


Bernafaslah dengan
apa adanya.


Ingat! Seluruh perhatian, fikiran dan angan-
angan ditumpukan hanya
kepada keluar masuknya
nafas di hidung.



MEDITASI MERASAKAN PROSES


(mindfulness) Seorang pemeditasi merasakan
proses masuknya energi dari luar
masuk melalui hidung dan keluar
melalui kedua tapak kaki, kedua
tapak tangan, ubun-ubun dan liang
roma badan.


Kalau pemeditasi dapat merasakan proses keluar
masuk energi tersebut,
silakan


tetapi kalau tidak dapat
merasakan, terimalah apa
adanya.


Kaedah ini dapat
membantu seseorang memusatkan perhatian kepada
suatu proses yang sedang
berlangsung. Ini sesuai dengan
kenyataan hidup yang selalu
berubah secara dinamik.


Latihan
ini dapat membekali pemeditasi untuk boleh memusatkan
perhatian kepada beberapa objek
di luar dirinya tanpa mengganggu
proses pemusatan di dalam
dirinya.


Dan juga melatih
seseorang pemeditasi menerima keadaan apa adanya.

LATIHAN


Duduk bersila di lantai
diruangan yang dirasakan
selesa. Belakang dan kepala
ditegakkan. Letakkan tangan
dalam keadaan relaks dan
kedudukannya menyatu dengan tubuh.


Rasakan seluruh
otot-otot tubuh dalam keadaan
relaks. Kekalkan keadaan diri anda
dalam keadaan rileks. Ketika nafas mulai teratur dan
perlahan, rasakan kekuatan
dari luar masuk ke dalam
tubuh melalui hidung dan
keluar melalui dua tapak kaki.


Kalau dapat merasakan, teruskan apa yang dirasakan.


Tetapi kalau tidak dapat
merasakan maka terimalah
apa adanya.


Lakukan beberapa
kali. Rasakan kekuatan atau tenaga
dari luar:


-Masuk ke tubuh melalui hidung
dan keluar melalui kedua tapak
tangan. Lakukan beberapa kali.


-Masuk ke tubuh melalui hidung
dan keluar melalui ubun-ubun.
Lakukan beberapa kali.


-Masuk ke tubuh melalui hidung
dan keluar melalui seluruh tubuh.
Lakukan beberapa kali.


-Masuk ke tubuh melalui hidung
dan keluar melalui hidung.
Lakukan beberapa kali.



* Bila sudah merasakan cukup
tenang, rasakan yang otot-otot
dan organ tubuh berfungsi seperti
sediakala.


* Rasakan tangan dan kaki
anda.Sedari di mana anda berada
dan apakah yang anda sedang
lakukan.


Setelah merasai
kesemuanya itu, mulailah buka
mata secara perlahan-lahan.


Apa sebenarnya yang berlaku
pada waktu bermeditasi Semasa bermeditasi, seseorang
itu dikatakan dalam keadaan
trance atau hipnotik atau masuk
ke dalam keadaan kesedaran
yang berubah (altered
consciousness).


Perubahan ini akan memingkatkan kemampuan
kognisi, persepsi dan sensasi.


Ada dua manifestasi keadaan
meditasi iaitu gejala:


1) Objektif 2) Subjektif OBJEKTIF

Mata pemeditasi yang tertutup
akan berkedip-kedip secara
otomatik tanpa boleh dicegah.


Kepekaan terhadap rasa sakit/
nyeri makin berkurang (kulit
dikepit dengan pengepit besi
atau berjalan atas kaca)


Perubahan tindakbalas fisiologi
terhadap benda panas, dingin
atau tusukan pada kulit(kulit
tidak koyak bila dihiris atau
tidak terdapat luka bakar
setelah menyentuh api)


Pendarahan sedikit sewaktu
pembedahan dan lain-lain


SUBJEKTIF


Perubahan perasaaan dan
persepsi pemeditasi seperti
tubuh rasa membesar,
mengecil, mengembang atau
ringan.


Perhatian pemeditasi
menyempit namun kesedaran
terhadap lingkungan sekitar
dan kawal diri tetap ada.


Pemeditasi mengalami seperti
’Halusinasi’ Mengalami pencerahan atau
fikiran terang seperti dapat
melihat dengan mata tertutup
dan mendengar tanpa orang
yang berkenaan ada di
sampingnya.


Apakah hasil yang diperolehi dari bermeditasi


Kita harus mengetahui bahawa
pengembangan proses meditasi
bergantung kepada sekerap
mana latihan yang dijalankan dan
tidak berorientasikan kepada
hasil yang akan dirasakan nanti.

Kekerapan melakukan meditasi,
secara ilmiah sudah terbukti
banyak memberikan
manafaatnya samada manafaat
pada kesihatan fizik mahupun
mental.


Dari pelbagai penganalisaan dan
penelitian ilmiah, pemeditasi yang
melakukan meditasi secara
istiqamah, organ-organ, sel-sel
dan semua zat di dalam tubuhnya
mengalami keadaan homeostatik- bergerak, berfungsi dan bekerja
secara seimbang.


Homeostatik di
tandai dengan menurunnya
pemakaian oksigen(O2), denyut
jantung, pernafasan, tekanan
darah dan kadar asid laktat dalam serum.


Ertinya, tubuh
berfungsi semaksima mungkin.


Perubahan fisiologi ini disebut
sebagai tindakbalas relaksasi-
iaitu keadaan tercapainya
keharmonian tubuh-fikiran (mindbody).


Terjadi pula peningkatan
ketahanan kulit dan perubahan aliran darah.


Tindakbalas tubuh
terhadap ubat lebih baik dan
terjadi peningkatan kekebalan
tubuh.


Sedangkan gambaran EEG (Electro Encephalography),
perubahan gelombang otak
dengan alfa lebih seimbang,


Sedangkan gelombang otak beta
menurun dan tersebar di otak
bahagian hadapan(frotosentralis).
Ini menunjukkan kalau seseorang
dalam keadaan meditasi dan
badannya dalam keadaan tidur
atau sedang relaks, namun
kesedarannya terjaga dan
pemikirannya tetap aktif.



Lain- lain manafaaat dari meditasi:


Meditasi yang dilakukan oleh
orang yang lanjut usianya
dapat mencegah dari serangan
penyakit,


Dapat tidur dengan
nyenyak tanpa menggunakan
pil tidur.


Kalau sakit, cepat sembuh dan kadang-kadang
tanpa disertai pengubatan
doktor.


Meditasi amat mempengaruhi
kualiti tidur.


Tidur jadi lebih
nyenyak dan jumlah keperluan
masa tidur berkurang.


Keadaan relaks sewaktu
bermeditasi dapat membantu
keberkesanan ubat hipertensi
bahkan lebih bermanafaat jika
individu melakukannya setiap
hari.


Keadaan sistem tubuh yang
relaks dapat menurunkan
tekanan darah lebih dari
20mmHg sistolik dan
10-15mmHg diastolik.


PERKARA PENTING SEBAGAI
CATATAN UNTUK PEMEDITASI


Kaedah ini sama seperti
keadaan janin di dalam
kandungan iaitu tubuh
menyatu, tangan dan kaki
terlipat.


Sedangkan sikap
duduk dengan belakang tegak memudahkan penyatuan
energi dari luar dan dalam
tubuh, melatih untuk percaya
diri, melatih tubuh
mengeluarkan endorfin untuk
menghilangkan rasa letih, nyeri dan menimbulkan
kegembiraan.


Proses
merasakan sebelah kanan dan
kiri tubuh secara bersamaan
melatih belahan otak kanan-
kiri untuk bekerja secara seimbang. Kesediaan otot dan
organ tubuh dimaksudkan agar
tubuh dalam keadaan rileks
tetapi tetap terjaga.


Lakukan meditasi dua kali
sehari setiap pagi dan petang/
malam sebelum tidur antara
10-15 minit sahaja.


Anda
jangan paksa diri anda untuk
melakukannya. Lakukannya jika ada keinginan untuk
melakukannya.


Jangan lakukan meditasi
semasa perut kenyang.


Sebaiknya lakukanlah 1-2 jam
selepas makan tengahari atau
malam/makan besar kerana
pada waktu perut tidak penuh seluruh otot dan organ sedang
berihat.



Jangan memakai pakaian yang
ketat. Longgarkan agar mudah
untuk bergerak.




Bagi orang yang baru atau
yang ingin mencuba kaedah ini,
anda bolehlah mencubanya
dengan mengikut petunjuk di
atas.


Untuk menghindari salah
tafsiran tentang kaedah di atas
sebaiknya anda lakukan di
bawah pengawasan mereka
yang mahir tentang meditasi.



Jangan lakukan meditasi
melebihi 15 minit.


Sebagai kesimpulan,

ketenangan
sebagai hasil dari meditasi bukan
bererti hilangnya emosi, nafsu,
fikiran atau angan-angan bahkan
mampu mengawal semua itu
secara sedar dan cekap serta berkesan sehingga dapat
mengatur diri untuk tujuan hidup
yang positif.


’MEDITASI SERINGKALI
DIKAITKAN DENGAN KEGIATAN
PERTAPAAN BAGI YANG INGIN
MENJAUHKAN DIRI DARI
KEDUNIAAN. PADAHAL
MEDITASI BOLEH MEMBUAT KITA SEMAKIN BERGHAIRAH
MENJALANI KEHIDUPAN’