Lake Taiping PERAK

SELAMAT DATANG


Selamat Datang Ke Laman Blog Kami....Semoga Kita Semua Gembira Dan Bersyukur Dengan Pemberian Nikmat Kehidupan Ini Oleh ALLAH S.W.T,Disamping Aktiviti Seharian Kita Dengan Tidak Melalaikan Segala PerintahNYA..... ***LUAHAN THEOSUFI*** MAKLUMAN ADALAH DIBENARKAN UNTUK MENYALIN, MENCETAK ATAU MENYEBARKAN SEBARANG TULISAN DARIPADA BLOG INI (MALAH DI ALU- ALUKAN ).. SEBARKANLAH ILMU ALLAH INI UNTUK MANFAAT SELURUH UMMAH. JIKA TERDAPAT SEBARANG PEMBETULAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI PENULIS MELALUI E- MAIL: washiyat@gmail.com TIADA HAK CIPTA TERPELIHARA-

Ahad, 23 Jun 2013

Petikan kata Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani

FAEDAH PERKATAAN HUKAMA'

Apabila dikehendaki Allah swt akan hambaNya kebajikan diillhamkan dengan mengerjakan taat,difahamkan kepada agama dan diteguhkan yakinya.Maka memadalah pada hatinya barang yang ada padanya dan dipakaikan dengan qana'ah.Apabila dikehendaki akan Allah swt akan hambaNya kejahatan dikasihkan kepadanya harta,dipanjangkan cita-citanya,dibimbangkan dengan dunia dan ia diserahkan kepada hawa nafsunya.Maka ia mengerjakan fasad dan menzalimkan hamha Allah swt.Barangsiapa taat akan hawanya,telah menjual agamanya dengan dunianya.Barangsiapa tiada memberi manfaat baginya pengajaran daripada dirinya,nescaya tiada memberi manfaat baginya pengajaran orang yang mengajarnya.Sebaik-baik manusia ialah mereka yang tiada membinasakan syahwatnya dengan dunianya.

Barangsiapa ridha dengan qadha' nescaya ia tiada marah akan seseorang,iaitu dengan sebaik-baik muafakat,berkekalan bersahabat dengan memberi kebajikan,memperhambakan dirinya(bagi kepentingan Muslimin) dengan tawadhu'.Ketahui akan ketingian dengan taufik .Adalah kebenaran itu dengan lemah lembut,didapatnya yang diqasadnya dengan ikhlas.Diterima amalnya dengan qadar Allah swt.

Adalah berkekalan melupakan dosa itu setengah daripada sebesar-besar dosa.Bahawa ilmu itu ma'rifatullah.
Buah akal itu itu istiqamah,yakni mengekalkan ibadah.
Buah zuhud itu kesenangan.
Buah orang yang mujahadah itu dikalahkannya nafsunya.
Elok perbuatan itu mewajibkan balasnya.
Murah akan barang yang(ada)pada tangannya itu mewajibkan baginya kebajikan.

Sebaik-baik ilmu itu ialah barang yang membaikkan dirimu.
Sebaik-baik amal itu barang yang menyertakan ikhlas.
Kepala iman itu shiddiq,Islam itu amanah.
Kepala munafik itu khianat.
Kepala takwa itu meninggalkan syahwatnya.
Kepala tawakal itu sabar.
Kepala hikmah itu zuhud didalam dunia.
Kepala hikmah itu menahan marah.
Perhiasan iman itu suci rahasianya.
Sanya binasa akal itu mengikut hawa nafsunya.
Sebab celaka itu adalah kasih akan dunia.
Sebab sejahtera itu diam.
Sejahat-jahat saudaramu yang menghubungkan tatkala kemurahan dan diputuskan pada ketika bala'.
Sejahat-jahat manusia itu mereka yang tiada diharapkan kebajikannya dan tiada sentosa daripada kejahatannya.
Sejahat-jahat sahabat itu,ia segera berbantah-bantah kemenangan orang yang mengintai akan Tuhannya.
Meninggalkan dosanya kemenangan bagi orang yang melawan akan hawanya dan dustakan cita-citanya.

Tiap-tiap arif itu takut.
Tiap-tiap qana'ah itu kaya.
Tiap-tiap loba itu fakir.
Tiap-tiap yang fana' itu sedikit.
Tiap-tiap yang ridha itu kesenangan.
Tiap-tiap dihimpunkan kepada bercerai-cerai.
Tiap-tiap penyakit diubatkan melainkan jahat perangai.
Tiap-tiap sesuatu mengikut melainkan mengubah tabi'at.
Memadalah dengan lalai itu sesat.
Memadalah dengan uban itu menakuti.
Memadalah orang yang kena tipu daya itu jahatnya.
Memadalah mengambil ibarat bahawa melihat daripada 'aib manusia akan barang yang tersembunyi daripada 'aib dirinya.

Banyak marah menjahatkan dia,menyatakan 'aibnya banyak,sedikit mulianya dan ketinggiannya hina.
Barangsiapa tinggi hematnya nescaya  banyak harganya.
Barangsiapa jahat perangainya nescaya picik rezekinya..
Barangsiapa benar perkataannya nescaya bertambah eloknya.
Barangsiapa murahkan hartanya nescaya besar martabatnya.
Barangsiapa memudahkan kemaluannya nescaya hinalah kelakuannya.


Sejahat-jahat  harta barang yang diambil daripada haram dan dibelanjakan kepada
(barang)yang berdosa.

Sejahat-jahat manusia orang yang menolongkan orang yang zalim dan menghinakan yang mazhlum(orang yang teraniaya
).

Barang menilik kepada kesudahannya dapat kemenangan.

Barangsiapa tiada halim(bersopan santun
)nescaya ia menyesal.

Barangsiapa diam nescaya ia sejahtera.

Barangsiapa sabar nescaya ia menawan.

Barangsiapa mengambil iktibar nescaya melihat.

Barangsiapa melihat nescaya faham.

Barangsiapa faham nescaya mengetahui.

Barangsiapa menanam kebajikan nescaya mengetam kesukaan.





Yang mempunyai akal sekalian pekerjaan madhbud(dikerjakan sebaik-baiknya
)

Berbenaran dengan orang yang jahil itu penat.

Maka apabila jahil hendaklah bertanya.

Apabila tergelincir hendaklah kembali.

Maka berbuat jahat menyesal.




Sesungguh segala amal itu dengan niat.

Sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang itu barang yang diniatkan.......
......tunggu sambung lain....

Washiyat Abrar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan