Lake Taiping PERAK

SELAMAT DATANG


Selamat Datang Ke Laman Blog Kami....Semoga Kita Semua Gembira Dan Bersyukur Dengan Pemberian Nikmat Kehidupan Ini Oleh ALLAH S.W.T,Disamping Aktiviti Seharian Kita Dengan Tidak Melalaikan Segala PerintahNYA..... ***LUAHAN THEOSUFI*** MAKLUMAN ADALAH DIBENARKAN UNTUK MENYALIN, MENCETAK ATAU MENYEBARKAN SEBARANG TULISAN DARIPADA BLOG INI (MALAH DI ALU- ALUKAN ).. SEBARKANLAH ILMU ALLAH INI UNTUK MANFAAT SELURUH UMMAH. JIKA TERDAPAT SEBARANG PEMBETULAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI PENULIS MELALUI E- MAIL: washiyat@gmail.com TIADA HAK CIPTA TERPELIHARA-

Ahad, 26 Mei 2013

Keutamaan Yang Halal Dalam Islam

Sebahagian ulama menafsirkan
hadis: Menuntut Ilmu Itu Wajib Atas
Setiap Muslim, maksudnya adalah
ilmu tentang halal dan haram.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man
ibn Basyer r.a. ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﻤﺎ beliau
berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal
itu terang jelas, dan sesungguhnya
perkara yang haram itu terang jelas,
dan di antara kedua perkara tersebut
ada perkara-perkara syubhat yang
kesamaran yang kebanyakan orang
tidak mengetahuinya. Barangsiapa
yang menjaga perkara syubhat maka
sesungguhnya dia telah
membersihkan agamanya dan
maruah dirinya. Dan barangsiapa
yang terjatuh dalam perkara
syubhat, maka dia telah jatuh dalam
perkara haram, umpama seorang
pengembala yang mengembala di
sekeliling kawasan larangan,
dibimbangi dia akan menceroboh
masuk ke dalamnya. Ketahuilah
bahawa setiap raja ada sempadan
dan sesungguhnya sempadan Allah
itu ialah perkaraperkara yang
diharamkanNya. Ketahuilah bahawa
dalam setiap jasad itu ada seketul
daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh
jasad dan apabila ia rosak, maka
rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia
adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari
dan Muslim.

Pernah suatu ketika seorang sahabat
yang bernama Sa'ad meminta
baginda Rasulullah saw supaya
baginda memohonkan kepada Allah
swt agar dijadikan seorang yang
doanya mustajab, lalu baginda
Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud:-
"Perbaikilah makananmu, maka Allah
akan mengabulkan doamu." (Hadis
Riwayat Ath-Thabrani).

hadis yang berbunyi:-
"Barang siapa mengusahakan buat
keluarganya dari barang yang halal,
maka ia ibarat seorang pejuang di
jalan Allah. Dan barangsiapa mencari
dunia yang halal dengan menjaga
diri dari sesuatu yang tak berguna,
maka ia menduduki darjat seperti
darjat seorang syuhada." (Hadis
Riwayat Ath-Thabrani).

Dan sabda Nabi saw yang
bermaksud:-
"Barangsiapa memakan makanan
yang halal selama empat puluh hari
maka Allah akan menyinari kalbunya
dan akan memancarkan ilmu hikmat
dari kalbunya ke lisannya." (Hadis
Riwayat Abu Nuaim).

Washiyat Abrar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan