Lake Taiping PERAK

SELAMAT DATANG


Selamat Datang Ke Laman Blog Kami....Semoga Kita Semua Gembira Dan Bersyukur Dengan Pemberian Nikmat Kehidupan Ini Oleh ALLAH S.W.T,Disamping Aktiviti Seharian Kita Dengan Tidak Melalaikan Segala PerintahNYA..... ***LUAHAN THEOSUFI*** MAKLUMAN ADALAH DIBENARKAN UNTUK MENYALIN, MENCETAK ATAU MENYEBARKAN SEBARANG TULISAN DARIPADA BLOG INI (MALAH DI ALU- ALUKAN ).. SEBARKANLAH ILMU ALLAH INI UNTUK MANFAAT SELURUH UMMAH. JIKA TERDAPAT SEBARANG PEMBETULAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI PENULIS MELALUI E- MAIL: washiyat@gmail.com TIADA HAK CIPTA TERPELIHARA-

Sabtu, 27 April 2013

Berhubunglah Selalu Dengan Allah swt

24 Jam Komunikasi Dengan Allah

Apa yang kita rasa, dengar, lihat, fikir,
bau semuanya kembalikan kepada Allah.

Contoh, kita rasa lapar. Lantas berdialog dengan Allah.
“Ya Allah, aku lapar ya Allah.”

Apabila kita rasa susah hati dalam diri,
“Ya Allah, kenapa aku rasa susah hati.”

Luahkan sahaja apa yang kita rasa,
dengar, lihat, fikir dan bau kepada Allah.

Tiap perkara kita adu pada Allah. Ia
membuatkan kita sentiasa sedar, bahawa Allah sentiasa ada bersama kita.

Tidak Poyo Dengan Allah

Allah lebih dekat dari urat leher. Ia
disebut dalam Al Quran,
“Dan Kami lebih dekat kepadanya
daripada urat lehernya.” (Surah
Qoof: 16)Oleh itu, kata sahabat spiritual saya,
“Jangan nak poyo dengan Allah.”
Allah sentiasa ada dekat dengan kita.
Untuk berdialog dengan Allah, bukan
hanya ketika solat, bukan hanya di atas sejadah, tetapi dialog dengan Allah boleh dilakukan di mana-mana. Tiada had.

Apabila kita keliru untuk dapatkan
jawapan, terus mengadu kepada Allah.
Contoh,
“Ya Allah, aku tidak tahu ya Allah apa
yang terbaik untuk aku. Aku mohon
tolong tunjukkan jalannya, agar dapat
aku tahu tentang jawapan. Aku tidak tahu ya Allah.”

Berbual dengan Allah seperti kita
berbual dengan manusia. Sungguh Allah Maha Mendengar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan