Lake Taiping PERAK

SELAMAT DATANG


Selamat Datang Ke Laman Blog Kami....Semoga Kita Semua Gembira Dan Bersyukur Dengan Pemberian Nikmat Kehidupan Ini Oleh ALLAH S.W.T,Disamping Aktiviti Seharian Kita Dengan Tidak Melalaikan Segala PerintahNYA..... ***LUAHAN THEOSUFI*** MAKLUMAN ADALAH DIBENARKAN UNTUK MENYALIN, MENCETAK ATAU MENYEBARKAN SEBARANG TULISAN DARIPADA BLOG INI (MALAH DI ALU- ALUKAN ).. SEBARKANLAH ILMU ALLAH INI UNTUK MANFAAT SELURUH UMMAH. JIKA TERDAPAT SEBARANG PEMBETULAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI PENULIS MELALUI E- MAIL: washiyat@gmail.com TIADA HAK CIPTA TERPELIHARA-

Khamis, 5 Julai 2012

TAKDIR DAN PERMASALAHANNYA


Soalan:
Apakah dalil tentang taqdir Hauli(tahunan)pada malam Lailatul Qadar?
Jawapan:
ALLAH berfirman,yang bermaksud:"Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah(iaitu)urusan yang besar dari sisi Kami...."(ad-Dukhan:4-5)
Ibnu Abbas r.a berkata,"Ditulis dari Ummul Kitab(Lauh Mahfuz)pada malam Lailatul Qadar apa saja yang akan terjadi selama setahun itu,rezeki,hujan,hingga orang2 yang naik Haji.Dikatakan,'Si fulan naik haji dan si fulan naik haji."Demikian pula yang dikatakan oleh al-Hassan,Said bin Jubir,Muqatil,Abu Abdir Rahman as-Salami,dan lain2nya.

Soalan:
Apakah dalil tentang taqdir yaumi(harian)?
jawapan:
ALLAH berfirman,yang bermaksud:"....Setiap waktu Dia dalam kesibukan."(as-Rahman:29)
Al-Hakim meriwayat dari ibnu Abbas r.a,"Diantara yang diciptakan ALLAH ialah Lauh Mahfuz,dari mutiara yang putih,kedua tepinya dari yakut merah,penanya berupa nur(cahaya),tulisannya juga cahaya.Setiap harinya ALLAH melihatnya 360 kali.Pada setiap kali memandang,Dia menciptakan,memberi rezeki,menghidupkan,mematikan,memuliakan,merendahkan dan berbuat menurut kehendakNYA."Itulah makna firman ALLAH,"setiap waktu Dia dalam kesibukan."


Semua takdir ini seakan merupakan perincian terhadap takdir terdahulu,iaitu takdir azali yang ALLAH telah memerintahkan kalam untuk menulisnya di Lauh Mahfuz ketika dia menciptakan alam itu.

Demikian pula penafsiran ibnu Umar dan ibnu Abbas r.a,terhadap firman ALLAH yang bermaksud:"....Sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatat apa yang telah kamu kerjakan."(al-Jaatsiyah:29)

Semua itu bersumber dari ilmu ALLAH yang sekaligus merupakan sifat bagiNYA.

Soalan:
Apakah yang dikehendaki dengan takdir tentang sengsara dan bahagia yang terdahulu itu?
Jawapan:
Kitab2 Samawi dan Sunnah Nabawiyah bersepakat bahawa takdir yang terdahulu itu tidak menghalang amal dan tidak mewajibkan manusia untuk menyerah bulat(tanpa usaha),bahkan mereka mewajibkan manusia bersungguh2 dan berjuang keras melaksanakan amal soleh.Oleh kerana itu,ketika Nabi s.a.w memberitahukan kepada para sahabat beliau bahawa takdir telah ditetapkan dan kalam telah menulisnya,sebahagian sahabat bertanya,"Apakah kita tidak menyerah sahaja terhadap ketentuan(takdir)kita dan usah beramal?"

Nabi s.a.w menjawab,'Jangan,beramallah,kerana masing2 akan dimudahkan."
Kemudian beliau membaca ayat yang bermaksud:"Adapun orang2 yang memberikan sebahagian hartanya dan bertakwa...."

ALLAH SWT telah menetapkan takdir dan telah menyediakan untuknya sebab2.Dan Dia Maha Bijaksana didalam membuat sebab2 untuk kehidupan kini dan tempat kembali nanti.Dan Dia memudahkan setiap maklukNYA untuk melaksanakan tugas yang merupakan tujuan penciptaanNYA didunia dan akhirat.Oleh kerana itu, jika seseorang mengetahui bahwa kemaslahatan akhiratnya bergantung pada sebab2 yang telah pasti,maka dia akan berusaha sungguh2 untuk mencapainya,terutama yang menyangkut kehidupan dan kemaslahatan dunianya dan hal ini difahami benar oleh sahabat Rasulullah s.a.w.Ketika mendengar hadis2 tentang qadar(takdir),mereka berkata,'Aku sekarang lebih bersungguh2,'


Nabi s.a.w,bersabda:"Bersemangatlah terhadap sesuatu yang bermanfaat bagimu,memohonlah pertolongan kepada ALLAH dan jangan merasa lemah."


Seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w:"Bagaimanakah pendapat engkau tentang ubat yang kami berubat dan jampi2 yang kami pergunakan,apakah dapat menolak takdir ALLAH?"Beliau menjawab,"Apa yang terjadi itu pun dengan takdir ALLAH juga."

Soalan:
Apakah dalil mengenai tingkat takdir yang ketiga,iaitu iman kepada masyi'ah(kehendak) ALLAH?
Jawapan:
ALLAH berfirman yang bermaksud:"Dan kamu tidak dapat menghendaki(menempuh jalan itu)kecuali apabila dikehendaki ALLAH,Tuhan Semesta Alam."(at-Takwir:29)

"Dan jangan sekali2 kamu mengatakan terhadap sesuatu,'Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi,'kecuali(dengan menyebut),'Insya ALLAH.'..."(al-Kahfi:23-24)

"....Barangsiapa yang dikehendaki ALLAH(kesesatan),nescaya disesatkanNYA.Dan barangsiapa yang dikehendaki ALLAH(untuk diberiNYA petunjuk),nescaya Dia menjadikannya berada diatas jalan yang lurus."(al-An'am:39)

Dan masih banyak ayat lainnya.

Rasulullah s.a.w bersabda:"Hati para hamba(manusia)itu berada diantara dua jari diantara jari2 ALLAH ar-Rahman,seperti hati seorang manusia saja,Dia perlakukan hati2 itu bagaimana saja Dia kehendaki."

Nabi s.a.w juga bersabda kepada Para sahabat ketika tidur disuatu lembah:"Sesungguhnya ALLAH Taala mengambil ruh kamu ketika Dia menghendaki dan mengembalikannya ketika Dia menghendakinya." href="http://akal-renungan.blogspot.com/p/takdir-dan-permasalahannya-5.html"target=”_
blank”>.........sambungan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan