Lake Taiping PERAK

SELAMAT DATANG


Selamat Datang Ke Laman Blog Kami....Semoga Kita Semua Gembira Dan Bersyukur Dengan Pemberian Nikmat Kehidupan Ini Oleh ALLAH S.W.T,Disamping Aktiviti Seharian Kita Dengan Tidak Melalaikan Segala PerintahNYA..... ***LUAHAN THEOSUFI*** MAKLUMAN ADALAH DIBENARKAN UNTUK MENYALIN, MENCETAK ATAU MENYEBARKAN SEBARANG TULISAN DARIPADA BLOG INI (MALAH DI ALU- ALUKAN ).. SEBARKANLAH ILMU ALLAH INI UNTUK MANFAAT SELURUH UMMAH. JIKA TERDAPAT SEBARANG PEMBETULAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI PENULIS MELALUI E- MAIL: washiyat@gmail.com TIADA HAK CIPTA TERPELIHARA-

Khamis, 5 Julai 2012

TAKDIR DAN PERMASALAHANNYA


"Sesungguhnya ketika ALLAH Taala mengeluarkan keturunan Adam dari sulbinya,Dia mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka,kemudian melimpahkan mereka ditanganNYA seraya berfirman,'Yang ini untuk syurga dan yang ini untuk neraka.'Maka ahli syurga(calon ahli syurga)dimudahkan terhadap amalan ahli syurga dan(calon)ahli neraka dimudahkan untuk amalan ahli neraka."

Diriwayatkan dalam al-Mutawa' karya Imam Malik bahwa Umar ibnul Khattab r.a pernah ditanya tentang ayat:"Dan(ingatlah)ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak2 Adam dari sulbi mereka dan ALLAH mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka(seraya berfirman),'Bukankah Aku ini Tuhanmu?'Mereka menjawab,'Betul(Engkau Tuhan kami),kami menjadi saksi.'(Kami lakukan yang demikian itu)agar pada hari kiamat kamu tidak mengatakan,'Sesungguhnya kami(bani Adam)adalah orang2 yang lengah terhadap ini(keesaan Tuhan)."(al-A'raf:172)

Umar ibnul Khattab menjawab,'Aku mendengar Rasulullah s.a.w ditanya tentang ayat ini,kemudian baginda menjawab,"Sesungguhnya ALLAH Taala menciptakan Adam kemudian mengusap punggungnya(sulbinya)dengan tangan kananNYA sehingga Dia keluarkan daripadanya suatu keturunan,lalu Dia berfirman,'Aku ciptakan mereka itu untuk syurga dan dengan mereka beramal amalan ahli syurga.Kemudian Dia mengusap sulbinya lagi lalu dikeluarkanNYA lagi daripadanya suatu keturunan,lantas ALLAH berfirman,'Aku ciptakan mereka itu untuk neraka,dan mereka beramal dengan amalan ahli neraka."

Diriwayatkan didalam sunan Tirmizi dari hadis Abdullah bin Amr r.a ia berkata,"Rasulullah s.a.w pernah keluar kepada kami dengan membawa dua kitab,lalu beliau bertanya,'Tahukah kamu,dua kitab apa ini?'Kami menjawab,'Tidak,wahai Rasulullah,kecuali jika engkau memberitahukan kepada kami.'Kemudian beliau bersabda mengenai kitab yang ditangan kanan,'Ini adalah kitab(catatan)dari Tuhan Rabbul Alamin,didalamnya terdapat nama2 ahli syurga,nama bapa2 mereka dan kabilah mereka.Kemudian disebutkan secara umum hingga yang terakhir,dengan tiada ditambah dan tiada dikurangi sama sekali.'Kemudian beliau bersabda tentang kitab yang ada ditangan kirinya,'Ini adalah kitab(catatan)dari Tuhan Rabbul Alamin didalamnya terdapat nama2 ahli neraka, nama bapa2 mereka dan kabilah mereka.Kemudian disebutkan secara umum hingga yang terakhir,dengan tiada ditambah dan tiada dikurangi sama sekali.'Para sahabat bertanya,'Maka untuk apakah beramal wahai Rasulullah,jika segala sesuatunya telah selesai ditentukan?'Beliau menjawab,'Berlakulah yang lurus dan bersahajalah,kerana calon ahli syurga itu akan ditutup amalannya dengan amalan ahli syurga,meski apapun amalan yang dilakukannya sebelumnya.'Kemudian Rasulullah s.a.w memberi isyarat dengan kedua tangannya seraya bersabda,'Tuhanmu telah menentukan hamba2Nya,sebahagian disyurga dan sebahagian di neraka.'Imam Tirmizi berkata,"Ini adalah hadis hasan sahih gharib."(Riwayat Tirmizi)

Untuk memahami masalah takdir ini,ada baiknya dibaca pembahasan Prof.Dr.Hasbi ash-Shiddieqy dalam bukunya,al-Islam,penerbit Bulan Bintang,Jakarta,hlm.242-282:dan Sayid Sabiq dalam bukunya Aqidah Islam(Terjemahan Moh.Addai Rathamy),terbitan CV Diponegoro,Bandung,hlm.144-173


Soalan:
Apakah dalil taqdir 'Umri(seumur hidup)pada permulaan penciptaan Nutfah(embrio)manusia?
Jawapan:
ALLAH berfirman,maksudnya,"...Dan Dia lebih mengetahui(tentang keadaan)mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu;maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci.Dialah yang lebih mengetahui tentang orang yang bertakwa."(an-Najm:32)


Diriwayatkan didalam 'sahihain'bahwa Nabi s.a.w bersabda,"Sesungguhnya seseorang diantara kamu di proses kejadiannya didalam perut ibunya berupa nutfah(embrio),kemudian menjadi 'alaqah(segumpal darah)selama itu pula,kemudian menjadi mudghah(segumpal daging)selama itu juga.Kemudian diutuslah seorang malaikat untuk meniupkan ruh padanya dan di perintahkan menulis empat kalimat(ketetapan),iaitu menulis rezekinya,ajalnya,amalnya,sengsara atau bahagia.Maka demi ALLAH yang tiada Tuhan selain Dia,sesungguhnya seseorang diantara kamu mengerjakan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dia dengan syurga itu hanya satu hasta,tetapi kerana sudah didahului oleh suatu ketetapan lantas ia melakukan amalan ahli neraka kemudian masuk neraka;dan sungguh seseorang di antara kamu mengerjakan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dia dengan neraka tinggal se hasta,tetapi kerana sudah didahului oleh suatu ketetapan maka dia mengerjakan amalan ahli syurga lantas dia masuk syurga."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

terdapat beberapa riwayat lagi mengenai masalah ini dan sejumlah sahabat dengan lafaz yang berbeza2 tetapi maknanya sama...href="http://akal-renungan.blogspot.com/p/takdir-dan-permasalahannya-4.html"target=”_
blank”>.........sambungan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan